flash

Followers

Friday, February 26, 2010

Kasih terhadap baginda Rasulullah: Nabi Muhammad SAW

Ikuti Sunnah

Kelahiran Rasulullah S.A.W. membawa rahmat kepada umat manusia. Islam yang dibawa oleh Baginda Rasullullah memperakui ketamaddunan dan kesenian Islam yang dibuktikan melalui tinggalan sejarah samada secara bertulis mahupun tinggalan artifak. Tinggalan artifak seperti Pedang Rasulullah, quran yang ditulis atas kulit kambing, artifak2 pada zaman kegemilangan Kerajaan Ottomaniyyah adalah antara yang masih disimpan dan dijaga dengan baik oleh pihak muzium

Tanyakan kepada diri kita : Kenapa sebahagian besar umat Islam terasa ‘jauh’ dan ‘kosong’ dari Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Di bawah sinar hidup serba mudah dan moden, jarang-jarang lagi insan agung ini ‘bertakhta’ di hati umat baginda. Rasulullah SAW seperti ditinggalkan dari peta kehidupan umat Islam. Begitulah realitinya dan sebenarnya apa yang tidak kena? Kisah kasih sayang Rasulullah SAW kepada umat baginda memang tiada tandingnya.

Di saat wafat, baginda masih menyebut dan memikirkan umatnya. Seandainya Rasulullah SAW masih hidup dan melihat umat baginda pada hari ini, airmata apakah yang akan mengalir dari kelopak mata baginda yang mulia itu, KEGEMBIRAAN? atau KESEDIHAN? Kenapa?

Maulidur Rasul merupakan hari bersejarah bagi umat Islam kerana ia merupakan merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. dan mengikut bulan Islam ianya jatuh pada 12 Rabiul Awal. Sebagai tanda kasih kita kepada rasulullah SAW, kita hendaklah mengikut sunah-sunah baginda.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ (٣١)

“Katakanlah (Wahai Muhmmad): Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Ali 'Imraan, 3: 31)

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا (٢١)

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (Surah al-Ahzab, 33: 21)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sekadar hiburan