flash

Followers

Sunday, December 26, 2010

Keputusan Peperiksaan PMR 2010 - SMK Tun Mamat Tangkak




Pelajar yang berjaya mendapat straight A's


Headcount PMR 2010


















Sunday, October 24, 2010

Hari Kualiti SMKTM 2010

Pada tanggal 23 Oktober 2010, bertempat Dewan Tun Mamat,SMKTM  telah menjayakan Hari Kualiti setelah sekian lamanya tidak diadakan iaitu kali terakhir ianya telah diadakan pada tahun 2003.

Alhamdulillah segala program yang telah dirancang telah berjalan dengan lancar. Pelbagai anugerah telah diwujudkan untuk guru dan pelajar. Hari Kualiti ini telah disempurnakan oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Muar dan Ledang iaitu Tn Hj Ramli Bin Abd Samat.

Harapan dan doa diharapkan agar Hari Kualiti ini dapat menyuntik semangat bagi guru dan pelajar SMKTM dan dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun yang akan datang dengan pelbagai anugerah akan ditambah dari masa ke semasa. SMKTM BOLEH !!!






















Saturday, May 8, 2010

Sunday, May 2, 2010

INFO U MUM: Perbezaan antara http dan https

"HTTP adalah singkatan dari HyperText Transport Protocol, iaitu salah satu protokol yang mengandungi bahasa yang difahami antara webserver dan klien (web browser di pc).
Jadi apa perbezaan huruf S yang membezakan antara HTTP dan HTTPS?


“S” adalah singkatan daripada “Secure”. Jika anda mengunjungi laman Web , lihatlah alamat di web browser, ia akan biasanya dimulai dengan ini: http://.

Ini bererti bahawa website ini ‘berbicara’ dengan menggunakan pelayar biasa yang tidak selamat.

Dengan kata lain, ada kemungkinan ada seseorang yang sedang sekodeng pada komputer anda semasa ‘perbualan’ dengan website.

Jika Anda mengisi borang di laman web tersebut, seseorang mungkin melihat maklumat yang anda hantar ke laman tersebut.

Jadi tidak digalakkan untuk kita tidak pernah memasukkan nombor kad kredit anda di laman http!

Tetapi, jika alamat web bermula dengan https: / / , yang pada dasarnya bererti komputer anda sedang berbicara di halaman dalam kod yang selamat dan tiada sesiapa yang dapat sekodeng maklumat anda.

Anda faham mengapa hal ini begitu penting, kan?

Jika sebuah laman web meminta anda untuk memasukkan maklumat kad kredit anda, secara automatik periksa dahulu samaada alamat web bermula dengan https: / / .

Jika tidak, jangan memasukkan maklumat sensitif seperti nombor kad kredit.

Maklumat ini walaupun adalah basic tetapi ramai yang tidak tahu, kongsilah dengan kawan-kawan

Friday, April 16, 2010

Menangani Stress

Stress! Stress! Stress!

Bila stress semua kerja tak boleh buat, semua benda tak jadi. Fikiran jadi celaru, keliru, kacau dan berbagai-bagai lagi benda yang menyempitkan fikiran.

Bila stress macam-macam penyakit akan menimpa. Bukan sakit kecik-kecik macam kena gigit semut api. Sakit semua stok bawa maut punya. Darah tinggi, serangan jantung, migrain. Itu semua penyakit bawa maut punya. Tak percaya? Pergi tanya doktor.

Siapa yang selalu alami stress nii? Sudah semestinya semua orang ada stress. Aku ada stress, korang pun ada stress. Cuma bezanya stress tu teruk atau tidak. Itu aje. Orang yang tak alami stress mungkin orang gila yang korang nampak tepi-tepi jalan tu. Mungkin laaa~

Bagaimana mahu menangani stress ini, ada beberapa cara yang boleh di gunakan ketika menhadapai stress antaranya :

  1. Hidroterapi boleh membantu mengurangkan kadar dengutan jantung yang kadang kala boleh menyebabkan stres. Cuba mandi dengan air sejuk bagi mengimbangi metabolisme. Semasa anda mandi, biarkan aliran air mengalir di sebelah kanan tangan. Kemudian, barulah dibasahkan di bahagian belakang badan. Semasa melakukan ini, pastikan air mengalir di bahu kanan dan barulah di sebelah kiri.
  2. Bersenam 20 minit setiap sesi, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dapat meningkatkan kesihatan fizikal dan emosi.
  3. Ubah suai persekitaran anda untuk menyingkirkan pencetus tekanan. Pilih persekitaran selesa dan bersesuaian diri anda.
  4. Menguap boleh membantu anda relaks dengan meregangkan otot-otot, meningkatkan pengambilan oksigen dan menghilangkan tekanan.
  5. Penggunaan minyak bunga lavender di seluruh badan selepas mandi boleh membantu mengurangkan tekanan. Ini kerana agen aktif minyak lavender akan meresap di dalam kulit dan hidung sekali gus menghilangkan stres.
  6. Kekacang juga adalan sumber vitamin dan mineral yang menyokong sistem kardiovaskular. Memakannya membantu mengurangkan stres dan meningkatkan penumpuan.
  7. Terimalah diri anda seadanya dan cuba menyukai diri sendiri. Realistik terhadap keupayaan anda dan tetapkan matlamat yang boleh dicapai. Cuba lakukan sesuatu yang menimbulkan kepuasan.
  8. Seimbangkan masa kerja dan bermain. Peruntukan masa untuk hobi dan rekreasi.
  9. Rehat dan tenangkan diri anda dengan mandi wap, berurut, meditasi, membayangkan pemandangan yang menenang dan merehatkan serta, menarik nafas panjang akan merehatkan otot-otot.
  10. Amalkan gaya hidup sihat seperti pemakanan sihat dan tidur yang cukup.
  11. Dapatkan sokongan dan bantuan sebelum tenggelam punca. Kongsi masalah dan perasaan dengan seseorang yang boleh dipercayai seperti pasangan hidup, ahli keluarga, rakan-rakan dan pemimpin agama.
  12. Tingkatkan kemahiran anda. Bersedialah untuk membuat sesuatu keputusan dan menangani masalah dengan berkesan. Lengkapkan diri anda bagi menjawat pekerjaan atau kerjaya yang memuaskan.
  13. Luahkan perasaan anda dengan menangis atau ketawa semahunya.
  14. Uruskan masa dengan baik. Senaraikan perkara yang perlu dilakukan mengikut kepentingan.
  15. Elakkan menerima kerja yang terlalu banyak.
  16. Bijaksana dalam membuat keputusan. Pertimbangkan baik buruknya sebelum memutuskan sesuatu.
  17. Belajar menerima kelemahan diri. Jangan gusar mengenai perkara di luar kawalan. Berfikir secara positif dan renungkan kembali pencapaian dan kejayaan dimiliki apabila berasa tertekan.
  18. Bina silaturahim yang baik dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Biarkan diri anda berasa disayangi, dihargai, dihormati dan mempunyai tempat mengadu. Jujur dan bertimbang rasa dalam perhubungan

Saturday, March 13, 2010

Majlis Penyampaian Hadiah, Mesyuarat Agung kali ke-35 dan Hari Terbuka 2010 - SMKTM

        Alhamdulilah hari terbuka 1 bagi pelajar calon PMR,SPM dan STPM telah berjaya dijalankan pada hari ini. Tuan Pengetua tidak dapat bersama-sama menjayakannya atas urusan yang tidak dapat dielakkan. Bagi Mesyuarat Agung kehadiran ibubapa tidak berapa memberangsangkan.... Diharap ditahun-tahun akan datang ibubapa akan dapat meluangkan masa demi kecemerlangan anak-anak mereka. Bagi hari terbuka pula, kehadiran ibupapa agak menggalakkan... Terima Kasih atas keperihatinan anda...
      Sebelum Mesyuarat Agung dijalankan, acara penyampaian hadiah bagi calon cemerlang SPM,PMR dan STPM dilakukan. Majlis ini dirasmikan oleh YDP PIBG. Tn Hj Abdul Rahim Bin Talib.

YDP PIBG memeriksa barisan

Persemembahan dari Persatuan Silat Cikak Hanafi SMKTM


Pendaftaran ibubapa

Pamiran dari Kolej Matrikulasi Johor di bawah pimpinan Puan Roswati(kanan)

Perasmian oleh YDP PIBG

majlis penyampaian hadiah....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sekadar hiburan