flash

Followers

Thursday, March 11, 2010

Keputusan SPM 2009

Gan Li Fang (kanan sekali) telah tercalon sebagai salah seorang terbaik Negeri Johor


Alhamdulilah keputusan peperiksaan SPM bagi calon SPM 2009 telahpun diumumkan pada hari ini. Pelbagai reaksi telah ditunjukkan oleh pelajar. Apa yang pasti keputusan tidak akan berubah. Bagi yang berjaya dengan cemerlang, diucapkan syabas dan tahniah dan bagi yang kurang berjaya; perjuangan anda belum tamat.

SMKTM telah memperolehi peningkatan dari segi peratus sebanyak 0.18% iaitu 87.04% berbanding 86.86 % pada tahun 2008. SMKTK menduduki tempat ke 45 dpd 241 buah sekolah negeri Johor. Berikut adalah antara pelajar yang cemerlang...

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MAMAT
84900 TANGKAK

No.Nama Calon     GRED

1 GAN LI FANG 11A+
2 CHONG SHIN YIN 12A
3 TAY CHIA ZHEE 12A
4 ANG TECK LING 11A
5 BOO YAN ZHANG 11A
6 CHONG TUN JUH 11A
7 TAN YOU SIN 11A
8 WONG YING YING 10A
9 SUKANTHI A/P SUPAMANAM 10A
10 MUHAMMAD AMIRRUL AMIN BIN MOEN 9A
11 NG PEY LIANG 12A 1B
12 UMI NAJIHAH BINTI AHMAT PUAT 11A 1B
13 NG WAN TING 11A 1B
14 TAN PEI YEE 11A 1B
15 SITI RUHAYU BINTI MOHD KAMAL 10A 2B
16 HO HENG LIAN 10A 1B
17 HO XHI YNG 10A 1B
18 LEE YANN YIN 9A 2B
19 GAN MIAW LING 9A 1B
20 SITI ADILAH BINTI MOHD ALIAS 8A 3B
21 TAN RI SHENG 8A 2B
22 NORLIYANA BINTI YAACOB 8A 2C
23 ADIBAH ATTIRAH BINTI YUSOF 8A 2B 1C
24 AHMAD AKHMAL BIN ATAN 8A 1B 1C
25 SHARON NG WAN CHING 8A 1B 2C
26 NUR ATIKAH BINTI SHAHRUDDIN 7A 5B
27 GAN CHIA PENG 7A 3B
28 LIM ZHI MING 7A 3B
29 SITI NURUL ADURA BINTI DAUD 7A 2B
30 TE RUI HOON 7A 1B 2C
31 ABDUL RAZIF BIN ABDUL RAZAK 7A 1B 1C
32 MAIZATHUL ATEERA BINTI MAZLAN 7A 2B 1D
33 NORHAMIZAH BINTI AB HAN 7A 1B 2C 1D
34 NUR SHAMIMI BINTI MOHAMAD KHALID 7A 2B 1E

guru-guru SMKTM sibuk mengasingkan slip pelajar..

pengumuman dari GPK1 : En Mustafa Maarof..
Pengumuman keputusan kepada pelajar oleh GPK1

debaran anak-anak yang dikasihi..

Umi Najihah Ahmad Puat..

Adibah Attirah Yusof..

Ahmad Akmal Atan..

Boo Yan Zhang

Muhammad Amirrul Amin Moen..

Pelajar all A's bersama GPK1 dan GPK HEM

debaran berakhir...

...jutaan terima kasih kepada guru-guru yang telah berusaha bagi kejayaan anak didik SMKTM...
Semoga keputusan pada tahun akan datang akan lebih cemerlang, SMKTM mampu melakukannya....

Friday, February 26, 2010

Kasih terhadap baginda Rasulullah: Nabi Muhammad SAW

Ikuti Sunnah

Kelahiran Rasulullah S.A.W. membawa rahmat kepada umat manusia. Islam yang dibawa oleh Baginda Rasullullah memperakui ketamaddunan dan kesenian Islam yang dibuktikan melalui tinggalan sejarah samada secara bertulis mahupun tinggalan artifak. Tinggalan artifak seperti Pedang Rasulullah, quran yang ditulis atas kulit kambing, artifak2 pada zaman kegemilangan Kerajaan Ottomaniyyah adalah antara yang masih disimpan dan dijaga dengan baik oleh pihak muzium

Tanyakan kepada diri kita : Kenapa sebahagian besar umat Islam terasa ‘jauh’ dan ‘kosong’ dari Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Di bawah sinar hidup serba mudah dan moden, jarang-jarang lagi insan agung ini ‘bertakhta’ di hati umat baginda. Rasulullah SAW seperti ditinggalkan dari peta kehidupan umat Islam. Begitulah realitinya dan sebenarnya apa yang tidak kena? Kisah kasih sayang Rasulullah SAW kepada umat baginda memang tiada tandingnya.

Di saat wafat, baginda masih menyebut dan memikirkan umatnya. Seandainya Rasulullah SAW masih hidup dan melihat umat baginda pada hari ini, airmata apakah yang akan mengalir dari kelopak mata baginda yang mulia itu, KEGEMBIRAAN? atau KESEDIHAN? Kenapa?

Maulidur Rasul merupakan hari bersejarah bagi umat Islam kerana ia merupakan merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. dan mengikut bulan Islam ianya jatuh pada 12 Rabiul Awal. Sebagai tanda kasih kita kepada rasulullah SAW, kita hendaklah mengikut sunah-sunah baginda.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ (٣١)

“Katakanlah (Wahai Muhmmad): Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Ali 'Imraan, 3: 31)

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا (٢١)

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (Surah al-Ahzab, 33: 21)



Pertubuhan Jamaah Islah (JIM) menyokong sepenuhnya saranan pelakon, pengacara dan personaliti TV, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot agar masyarakat khususnya golongan remaja hari ini tidak terlalu ghairah menjadikan artis dan selebriti sebagai ikon atau idola untuk dicontohi.

Beliau dilaporkan mengemukakan saranan tersebut ketika menjadi salah seorang ahli panel yang mengupas tajuk 'Selebriti sebagai Ikon Masyarakat’ dalam program bual bicara anjuran Kerajaan Negeri Kelantan di Kota Bharu minggu lepas.

Menurut beliau juga, dunia artis serta hiburan lebih banyak dipenuhi dengan keburukan daripada kebaikan dan hanya bersandarkan keseronokan.

JIM menyedari bukanlah mudah bagi Wardina membuat pendedahan sebegitu, yang tentunya akan menimbulkan pelbagai reaksi daripada banyak pihak. Wardina telah memilih untuk menyatakan kebenaran dan tidak berselindung di sebalik kepalsuan, sekaligus menunjukkan dia adalah seorang yang berfikiran matang dan mempunyai tanggungjawab sosial yang tinggi terhadap masyarakatnya.

Sebagai seorang yang pernah dan masih terlibat terus dalam dunia penyiaran, hiburan dan perfileman, Wardina tentunya merujuk kepada pengalaman sendiri yang dilaluinya. Amatlah wajar sekiranya teguran Wardina diambil serius dan dijadikan iktibar untuk rakan artis yang lain.

Selaras dengan itu, JIM ingin membuat penegasan agar:

Masyarakat umum khususnya golongan remaja tidak terlampau ghairah memuja dan menyanjung golongan artis, terutamanya mereka yang secara terang-terangan menunjukkan akhlak, sikap dan tingkah laku yang tidak sopan dan bertentangan dengan ajaran moral dan agama.

Golongan artis bersikap lebih bertanggungjawab mendidik diri masing-masing dengan ilmu pengetahuan, adab sopan, tatasusila dan tahap profesionalisme yang tinggi. Mereka juga harus sentiasa peka dengan sensitiviti masyarakat, dan bersedia menerima teguran dan membaiki kesilapan. Bagi tujuan ini disarankan golongan sarjana dan ilmuwan serta pihak berwajib didampingi agar artis menjadi contoh teladan yang baik kepada masyarakat.

Media massa tidak keterlaluan mendewa-dewakan golongan artis melalui lambakan program berbentuk hiburan dan realiti, ataupun sibuk membuat liputan mengenai kontroversi dan berita hangat yang berlegar di sekitar kehidupan artis.

JIM sedia membantu artis atau mana-mana pihak bagi menjalankan tanggungjawab sosial yang membina.

Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj,

Naib Presiden JIM

Di petik dari harakahdaily.net ( 11 Rabi'ul Awal 1431 H | 25 Februari 2010)

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25133:idola-ambil-perhatian-teguran-wardina&catid=109:remajawanita&Itemid=151

Sukan Tahunan 2010


khat basmalah Pictures, Images and Photos

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sekadar hiburan